Friday, June 3, 2016

Kembali Dunia TTC

Assalamualaikum

Wahh,cadangnya nk rehat 6 bulan je after 2nd iui tak berjaya.Tapi terlampau byk rezeki Allah bg akhir tahun lepas dan awal tahun ni.Langsung terlepas gengaman dunia TTC.hahahhaha


Rezeki awal tahun baru ni,dan amat ternilai buat kami.Dapat seruan menjadi tetamu dirumahNya.Alhamdulilah


Rezeki kedua yg tak dijangka, suami dapat kerja baru.Lani dah hampir 6 bulan kami duk tempat baru.Manjung Perak.!
Kat sini dekatla dengan biras dan anak2 saudara sebelah suami.
Paling best kat manjung,nk mkn apa2 aje.Call aje,dan sampai depan rumah.Dan seperti dijangka berat naik mendadak dr 53.9 kg menjadi 71.4kg.Wah hebat skali menjadi penternak lemak.

So,seminggu sebelum puasa.harusla diet.
Sampai bila nk rehat yea...lemak dah bertimbun.Asenye sume baju dah xmuat.

Harini timbang dah turun 2.2kg.
Dapatla angkat 6 depan..69.2kg

Cara diet tak da la strict mcm diet atkins.
Cuma tak mkn nasi dan minuman manis.
Tapi setakat ni,tepung pun tak mkn.

Target berat 56kg hari raya pertama.
Target ajela,dpt 60kg pon syukur alhamdulilah

Selamat kembali dunia ttc.
Yeahh




Wednesday, September 23, 2015

Tak tau nk buh tajuk ape..kih kih

Assalamualaikum

Blog ni agak sunyi bila rawatan off.
Tak tau nk cerita apa.
Semua supplement dah stop
Opk pon dah lama out of stock.
Just konsisten dengan bbt.


Yang menakutkan.....
Berat badan pon naik dengan jayanya.
Seram mak tgk nombor kat scale..hua hua
Bila nk diet..pas raya Aidiladha Insyaallah
Harap bertabah la..jgn duk cheat aje

Tak tahu lagi  bila nk sambung rawatan.
Lani duit tabung infertility asyik kering aje..
Ada jugak teringin nk beli menstrual pro la,krim women desire la..
Tapi keinginan nk membeli kena stop dulu sebab Insyaallah kami akan kerjakan ibadat umrah 2hb Januari 2016.
Tu yang kami tak dapat menabung kat tabung infertility..Insyaallah rawatan sambung selepas Umrah

Kadang2 sunyi juga tak ada anak since dah 2 tahun menjadi surirumah.
Tapi apa daya Allah maha mengetahui segalanya.mungkin kami tak mampu lagi dari segi kewangan,emosi,mental dan juga ilmu agama yg masih kurang untuk mendidik anak.

Dan kami perlu betulkan niat kenapa kami mahu anak.bukan kerana peneman hari tua.Buat anak meninggal diusia muda.
Niat sebetulnya kerana ingin mendekati dengan Allah.
Ini yang aku dengar ceramah kat tv Alhijrah.

Ada betulnya sebab aku selalu berfikir nak anak awal sbb risau kalau dapat anak lambat.hari tua masih menanggung anak.sihat ok la tapi kalau tak sihat.anak nk mkn ape kalu tak kerja.
Fikiran aku ni dah salah..sbb Pemberi Rezeki adalah Allah.seolah2 aku tak percaya dgn Pemberi Rezeki.Allahuakhbar.Maafkan aku Ya Allah.Insyaallah akan betulkan balik niat kenapa mahu anak.

Ok la smpai sini..
Assalamualaikum kawan2


Friday, June 12, 2015

Iui#2 BFN

Assalamualaikum

Alhamdulilah,Allah masih nk kami bersabar dan terus berusaha..

Rehat dulu 6 bulan dari rawatan doktor.
Kumpul balik duit ...

Tp akan teruskan usaha BBT,kuruskan badan smpai 50kg,telur ayam kg+ madu.

Ayuh kita berusaha
Perancangan Allah lebih baik..

Monday, May 25, 2015

Iui #2 part 2

Assalamualaikum

Alhamdulilah.pukul 12.00 pm Iui berjaya dibuat.
Iui kali ni kurang sakit sbb doktor just maksudkan 3/4 sahaja tiub.Beliau risau kalau dipaksa masuk lebih dalam akan menyebabkan inflammation.

Doktor cakap pintu masuk rahim jalan agak berliku.mungkin ini adalah salah satu asbab masih blom conceive.
Sudah terjawab la persoalan bila bloodtest menunjukkan aku normal.

Tapi.its okay :)
Ini semua kerja Allah.
Tak usah berfikir kenapa aku dilahirkan mcm ni.
Yang penting usaha doa dan tawakal.

Yakin dengan Allah.
Insyaallah ada rezeki.

Sperma suami agak ok kata doktor .
Terlupa plak nk tanya berapa jumlahnya..doktor just bagitau motility 75%.after sperm washing 68%.

Alhamdulilah.syukur sangat kerana Allah memberi peluang kepadaku untuk buat iui.



iui #2 Part 1

Assalamualaikum

Alahai dah lama blog ni berabuk...
Lepas iui#1 tidak berjaya..langsung sepi

Insyaallah hari ni jam 10 pg aku buat iui#2 di hospital Regency JB.

Kebetulan ada doktor perempuan baru pindah.apa lagi cepat2 booking nk buat iui.

Doakan aku berjaya
Insyallah ada rezeki tk kemana..

Semoga urusan iui dipermudahkan amin.
Mudah-mudahan ada rezeki zuriat sempurna iui#2
Amin

Monday, January 26, 2015

IUI #1 BFN

Assalamualaikum

Blom ada rezeki
1st IUI BFN

Insyaallah iui kedua pd bln April.

Semoga dpt conceive natural sblm 2nd iui
Allah :(

Friday, January 9, 2015

alhamdulilah IUI #1 done. 2015!

Assalamualaikum

Alhamdulilah
Syukur sangat-sangat,Allah memberi peluang kepada kami buat iui pada 7hb Jan 2015

Sebenarnya kami jangkakan buat iui bulan 4 2014.Tetapi sebabkan berat aku 56kg.doc advice turunkan smpai 50kg.Tapi susah benor nak turunnya ehh..

Disebabkan kami berpindah ke kluang, jadi aku request dekat suami mahu buat rawatan dekat KPJ kluang.October kami request nk mkn clomid 100mg dulu.Tapi masih gagal dan doc advice proceed iui bulan November.Malangnya kekangan wang membuatkan kami dah stop rawatan di KPJ.
Tapi di kpj aku sempat buat blood test dan hsg,Alhamdulilah semua normal.

Tapi dalam masa yg sama,Jun 2014 ak minta surat rujukan dari klinik kesihatan untuk buat rawatan O&G di hospital kluang.Alhamdulilah dapatlah appointment Nov.Stop dekat KPJ kluang,teruskan rawatan dekat hospital kluang.kat hospital kluang kami kena buat SA dan blood test lagi.Alhamdulilah normal.

Kebetulan IUI tak ada dekat hospital kluang ,jadi doc hospital merujuk kami dekat hospital Sultanah Aminah.Masa 1st appointment iui dekat HSA ,doc dah pesan awal-awal dah.make sure CD14 jatuh hari bekerja baru boleh proceed IUI.Cycle disember 2014 CD14 aku jatuh hari tak bekerja.Maka menunggu la next cycle.

Alhamdulilah cycle januari 2015,CD14 jatuh hari rabu..:)
Sepatutnya follicle tracking start CD10.Tapi aku datang HSA CD12 sebab Cd10 jatuh hari tak bekerja dan CD11 aku ingat hospital tak bekerja sempena Maulidur Rasul.

Cd12 aku datang pagi tapi dapat berjumpa doc pukul 3 ptg.
Masa TVS tu lama juga doc perempuan gondek.Aku dah agak mesti tak da telur ni.tapi doc perempuan panggil another doc laki.Doc laki ckp.Good! ada 3 telur matang bersaiz 18mm-19mm.alhamdulilah.

Doc bekalkan ovidrel dan ubat ni perlu letak dalam peti ais.Berlari-lari anak pegi kafe hospital beli ais.sebab perjalanan ke rumah mkn masa satu jam setengah.Malam tu aku pegi klinik,mintak tolong inject sbb kami takk berani inject sendiri .

Cd14
Pukul 9.30pg ,  nama suami aku dipanggil dan diminta keluarkan hero-hero dan proses pencucian hero-hero dilakukan.
Nama aku dipanggil pukul 1240pm tetapi doc masuk 12.50pm.
Proses iui ni bagi ak agak sakit.Kurang sakit sikit compare HSG.
doc ckp saluran serviks aku agak sempit dan memerlukan dua orang doc membukanya.
dahla bunyi skru diketatkan.tapi masa bunyi skru diketatkan ,rasa sakit berkurangan.Tepat pukul 1.05pm Alhamdulilah IUI selesai.



Syukur sangat
Alhamdulilah