Wednesday, September 23, 2015

Tak tau nk buh tajuk ape..kih kih

Assalamualaikum

Blog ni agak sunyi bila rawatan off.
Tak tau nk cerita apa.
Semua supplement dah stop
Opk pon dah lama out of stock.
Just konsisten dengan bbt.


Yang menakutkan.....
Berat badan pon naik dengan jayanya.
Seram mak tgk nombor kat scale..hua hua
Bila nk diet..pas raya Aidiladha Insyaallah
Harap bertabah la..jgn duk cheat aje

Tak tahu lagi  bila nk sambung rawatan.
Lani duit tabung infertility asyik kering aje..
Ada jugak teringin nk beli menstrual pro la,krim women desire la..
Tapi keinginan nk membeli kena stop dulu sebab Insyaallah kami akan kerjakan ibadat umrah 2hb Januari 2016.
Tu yang kami tak dapat menabung kat tabung infertility..Insyaallah rawatan sambung selepas Umrah

Kadang2 sunyi juga tak ada anak since dah 2 tahun menjadi surirumah.
Tapi apa daya Allah maha mengetahui segalanya.mungkin kami tak mampu lagi dari segi kewangan,emosi,mental dan juga ilmu agama yg masih kurang untuk mendidik anak.

Dan kami perlu betulkan niat kenapa kami mahu anak.bukan kerana peneman hari tua.Buat anak meninggal diusia muda.
Niat sebetulnya kerana ingin mendekati dengan Allah.
Ini yang aku dengar ceramah kat tv Alhijrah.

Ada betulnya sebab aku selalu berfikir nak anak awal sbb risau kalau dapat anak lambat.hari tua masih menanggung anak.sihat ok la tapi kalau tak sihat.anak nk mkn ape kalu tak kerja.
Fikiran aku ni dah salah..sbb Pemberi Rezeki adalah Allah.seolah2 aku tak percaya dgn Pemberi Rezeki.Allahuakhbar.Maafkan aku Ya Allah.Insyaallah akan betulkan balik niat kenapa mahu anak.

Ok la smpai sini..
Assalamualaikum kawan2


No comments:

Post a Comment