Friday, January 9, 2015

alhamdulilah IUI #1 done. 2015!

Assalamualaikum

Alhamdulilah
Syukur sangat-sangat,Allah memberi peluang kepada kami buat iui pada 7hb Jan 2015

Sebenarnya kami jangkakan buat iui bulan 4 2014.Tetapi sebabkan berat aku 56kg.doc advice turunkan smpai 50kg.Tapi susah benor nak turunnya ehh..

Disebabkan kami berpindah ke kluang, jadi aku request dekat suami mahu buat rawatan dekat KPJ kluang.October kami request nk mkn clomid 100mg dulu.Tapi masih gagal dan doc advice proceed iui bulan November.Malangnya kekangan wang membuatkan kami dah stop rawatan di KPJ.
Tapi di kpj aku sempat buat blood test dan hsg,Alhamdulilah semua normal.

Tapi dalam masa yg sama,Jun 2014 ak minta surat rujukan dari klinik kesihatan untuk buat rawatan O&G di hospital kluang.Alhamdulilah dapatlah appointment Nov.Stop dekat KPJ kluang,teruskan rawatan dekat hospital kluang.kat hospital kluang kami kena buat SA dan blood test lagi.Alhamdulilah normal.

Kebetulan IUI tak ada dekat hospital kluang ,jadi doc hospital merujuk kami dekat hospital Sultanah Aminah.Masa 1st appointment iui dekat HSA ,doc dah pesan awal-awal dah.make sure CD14 jatuh hari bekerja baru boleh proceed IUI.Cycle disember 2014 CD14 aku jatuh hari tak bekerja.Maka menunggu la next cycle.

Alhamdulilah cycle januari 2015,CD14 jatuh hari rabu..:)
Sepatutnya follicle tracking start CD10.Tapi aku datang HSA CD12 sebab Cd10 jatuh hari tak bekerja dan CD11 aku ingat hospital tak bekerja sempena Maulidur Rasul.

Cd12 aku datang pagi tapi dapat berjumpa doc pukul 3 ptg.
Masa TVS tu lama juga doc perempuan gondek.Aku dah agak mesti tak da telur ni.tapi doc perempuan panggil another doc laki.Doc laki ckp.Good! ada 3 telur matang bersaiz 18mm-19mm.alhamdulilah.

Doc bekalkan ovidrel dan ubat ni perlu letak dalam peti ais.Berlari-lari anak pegi kafe hospital beli ais.sebab perjalanan ke rumah mkn masa satu jam setengah.Malam tu aku pegi klinik,mintak tolong inject sbb kami takk berani inject sendiri .

Cd14
Pukul 9.30pg ,  nama suami aku dipanggil dan diminta keluarkan hero-hero dan proses pencucian hero-hero dilakukan.
Nama aku dipanggil pukul 1240pm tetapi doc masuk 12.50pm.
Proses iui ni bagi ak agak sakit.Kurang sakit sikit compare HSG.
doc ckp saluran serviks aku agak sempit dan memerlukan dua orang doc membukanya.
dahla bunyi skru diketatkan.tapi masa bunyi skru diketatkan ,rasa sakit berkurangan.Tepat pukul 1.05pm Alhamdulilah IUI selesai.



Syukur sangat
Alhamdulilah




4 comments:

  1. Smg Allah kurniakan rezeki buat kalian berdua... have a good rest...

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan semuanya. Jaga diri :)

    ReplyDelete
  3. semoga berjaya... bedrest ok.. :)

    ReplyDelete